PESERTA ASIA’S GOT TALENT LAKUKAN AKSI “MAGIC SERAM” HINGGA JURI LARI KETAKUTAN!!

INDONESIA: Bayangkan anda menjadi juri dalam satu siri uji bakat tetapi salah seorang peserta melakukan aksi magis di depan anda. Lebih menyeramkan lagi, peserta itu ‘memaksa’ anda ikut terlibat dalam persembahannya.

Itulah pengalaman Anggun, seorang pencipta lagu dan penyanyi Indonesia yang menjadi salah seorang juri dalam siri terbaru Asia’s Got Talent.

Beliau harus memberi penilaiannya terhadap bermacam-macam persembahan oleh para peserta yang sama-sama ingin mara ke peringkat selanjutnya. Tetapi, aksi menyeramkan Riana dari Indonesia membuatnya ingin larikan diri daripada panel juri. Malah, rakan juri Anggun, David Foster juga mempunyai fikiran yang sama.

DARI AWAL RIANA TIDAK MEMPERKENALKAN DIRI

Tidak seperti peserta lain, Riana tidak memperkenalkan dirinya sama sekali kepada pengacara siri program yang menyambut setiap peserta ke atas pentas. Ketika ditanya para juri juga, beliau tidak menjawab siapa namanya.

Dengan anak patung yang serupa dengan penampilan Riana sendiri, Riana terus tunduk dengan separuh wajahnya ditutupi rambut, kepalanya pula asyik menggeleng ke arah kiri.

David Foster kemudian mengajukan soalan sekali lagi kepada Riana tentang asal negaranya. Sekali lagi, remaja 25 tahun itu tidak menjawab. Tetapi, ia menunjukkan satu tindak balas yang tidak dijangkakan. Beliau melepaskan anak patungnya lalu mula berjalan ke arah panel juri. Ini yang membuat Anggun dan David Foster lari dari tempat duduk mereka dan sembunyi di belakang Jay Park, seorang lagi juri dalam siri itu.

TIDAK TERAGAK-AGAK LAKUKAN AKSI LUAR BIASA

Saat mendebarkan tidak terhenti di situ. Sebaik sahaja Riana di hadapan juri, beliau meletakkan satu kunci di tangan David Foster dan menyuruhnya terus memegang kunci itu di antara kedua telapak tangannya. Hal yang sama dilakukan kepada Jay Park – Riana meletakkan kepingan kad di antara kedua telapak tangan juri itu.

Anehnya, Riana tidak melakukan sebarang aksi kepada Anggun. Riana hanya berdiri di samping Anggun hanya kurang dari lima saat lalu memetik gambar Anggun dengan menggunakan kamera polaroid.

RIANA BUKAN AHLI SILAP MATA BIASA

Riana kembali beraksi selepas itu tetapi dua aksi pertamanya selepas itu tidak banyak berbeza dengan ahli silap mata lain. Kunci yang diberikan kepada David Foster dapat bergerak sendiri manakala kad yang dipilih Jay Park dapat dikeluarkan kembali dari kumpulan kad dengan mudah.

Tetapi aksi yang melibatkan Anggun sendiri agak berbeza. Riana menyuruh Anggun melihat gambar yang dipetik sebelum ini. Meremang bulu roma Anggun melihat gambarnya.

Dalam gambar itu sendiri, ada Riana yang berdiri di sebelahnya. Ini tidak dapat diterangkan secara logik kerana gambar itu diletakkan di tangan Anggun sejurus selepas Riana sendiri memetik gambarnya.

Kecoh dibuatnya, penonton juga kelihatan berdoa kerana ketakutan.

JURI BUAT KEPUTUSAN

“Sebelum apa-apa, saya sayangkan keluarga saya dan saya tidak ada apa-apa masalah dengan kamu,” kata Anggun sebelum memberi kata putusnya.

Apa Riana dapat mara ke peringkat selanjutnya? Bagaimana pula reaksi Riana?

Buat yang berminat, anda boleh lihat keputusan juri melalui video ini:

Sumber : Berita Mediacorp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *