Kisah Seram Jam 3 Pagi

Pukul 3 pagi sering dikatakan sebagai waktu perkara-perkara yang aneh dan misteri berlaku. Pukul 3 pagi juga dikaitkan sebagai waktu ‘witch hour’. Dikatakan, ‘witch hour’ atau ‘witching hour’ adalah saat di mana makhluk-makhluk halus seperti syaitan, hantu dan yang sewaktu dengannya menampakkan diri mereka. Pada ketika jam 3 pagi itu juga kekuatan hitam berada dalam keadaan terkuat dan paling efektif untuk melakukan praktik ilmu hitam seperti guna-guna, santau ataupun sihir. Ikuti tiga kisah seram di bawah yang berlaku pada saat pukul 3 pagi

Kisah Seram 1: Rambut Palsu Dua orang adik-beradik, May dan Mint terpaksa mengambil alih tugas memjaga kedai rambut palsu keluarga mereka apabila ibu bapa mereka pergi bercuti ke China. Pada suatu hari, seorang pelanggan menawarkan untuk menjual rambut asli yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. May membeli rambut tersebut tanpa mengetahui bahawa rambut itu sebenarnya dicuri dari mayat seorang prempuan yang mati bunuh diri. Malam itu, May bekerja hingga larut malam menjahit rambut yang dibeli itu untuk dijadikan sebagai rambut palsu. Namun bermula jam 3 pagi, jelmaan hantu perempuan mula mengganggunya. Dipercayai bahawa hantu itu adalah pemilik rambut tersebut.

Tidak lama kemudian, Mint pulang ke rumah bersama tiga orang kawannya dan berparti sakan. Salah seorang kawan Mint bermain-main dengan rambut palsu itu dan ini menimbulkan kemarahan May. Kemudian, terjadi pertengkaran antara dua beradik tersebut dan Mint akhirnya menyuruh rakannya meletakkan semula rambut palsu itu ke tempat asalnya. Namun apabila rakannya tidak juga kembali semula, Mint menjumpai rakannya itu mati dengan kepala terpenggal di dalam salah satu bilik.

Hantu itu terus mengganggu mereka berempat, dan kemudiannya membunuh dua lagi kawan-kawan Mint. Sekarang yang tinggal hanya May dan Mint dua beradik itu sahaja dan mereka berdua cuba untuk menyelamatkan diri. Namun semua itu sia-sia belaka apabila mereka semua menjadi mangsa hantu tersebut. Kisah Seram 2: Hantu Pengantin Seorang pengurus mayat, Tod ditugaskan untuk menguruskan mayat sepasang bakal pengantin, Mike dan Cherry yang meninggal dunia seminggu sebelum mereka tarikh mereka sepatutnya berkahwin. Ketika melakukan pemeriksaan, pengurus mayat itu membuka keranda pengantin perempuan untuk menghalau cicak yang menyelinap masuk ke dalam keranda berkenaan. ketika membuka keranda itu, Tod terpesona dengan kecantikan paras rupa yang dimiliki oleh Cherry.

Tod asyik terbayang akan kecantikan wajah cherry sehingga terbawa ke dalam mimpi. Dalam mimpinya, Tod melihat Cherry menangis sambil meminta tolong menyelamatkannya daripada Mike yang cemburu buta dan panas baran. Tod kemudiannya memisahkan pasangan pengantin itu dengan harapan sekurang-kurangnya dia dapat menyelamatkan Cherry daripada Mike walaupun setelah mati. Tod menjadi semakin rapat dengan mayat Cherry dan akhirnya pada satu malam dia tidak mampu lagi membendung nafsunya lalu meniduri mayat tersebut. Tengah malam itu, Tod terdengar bunyi bising dan pergi memeriksa bunyi tersebut.

Tapi dia amat terperanjat apabila yang ditemuinya adalah hantu Mike. Setelah berundur kembali ke dalam bilik tidur, Cherry mengheret Tod ke bawah katil dan menikam pergelangan kaki beliau. Tod yang ketakutan kemudian bertembung dengan mayat Mike, ketika itu juga kebenaran tentang apa yang berlaku di antara pasangan pengantin itu bagaikan tersingkap di depan mata Tod. Rupa-rupanya Mike mengurung Cherry bukan kerana cemburu, tetapi untuk mengelakkan Cherry daripada membunuh diri. Selepas Mike melepaskan Cherry kerana rasa bersalah dan simpati, Cherry berjaya melawan Mike dan memecahkan sebuah patung kaca.

Mike sedaya-upaya cuba untuk mendapatkan kembali serpihan kaca dari tangan Cherry namun malangnya Cherry terkelar leher Mike semasa pergelutan itu berlaku. Cherry kemudiannya mengelar lehernya sendiri dan kedua-duanya mati bersama. Kini barulah Tod sedar bahawa Cherry sebenarnya mempunyai masalah mental dan dia telah menempah bahaya kepada dirinya sendiri apabila dia meniduri mayat Cherry. Cherry kemudian bertanya sama ada Tod tidak lagi mencintai dia dengan cara yang sama dia bertanya kepada Mike. Mendedahkan mukanya yang kini buruk, Cherry mencium Tod dan menyebabkan Tod pengsan akibat terlampau takut.

Apabila terjaga daripada pengsan, Tod panik kerana beliau terperangkap di dalam keranda bersama dengan mayat Cherry. Kisah Seram 3: kerja Lebih Masa (Overtime) Ini kisah eksekutif sebuah syarikat, Karan dan Tee suka menakut-nakutkan pekerja mereka yang kononnya kerja lebih masa (overtime) dengan ‘prank’ hantu. Mereka berdua saja buat begitu kerana selalu sangat pekerja mereka klaim overtime padahal kerja bukan banyak mana pun, boleh je kalau nak disiapkan dalam waktu bekerja tanpa buat overtime. Satu malam, mereka berdua ni cuba menakutkan dua orang pekerja, Bump dan Ging yang tengah buat overtime masa itu dengan kepala terbang. Namun ‘prank’ itu gagal untuk menakutkan meraka.

Mereka berdua memberitahu bahawa mereka datang ke pejabat untuk menyiapkan dokumen yang diperlukan untuk mesyuarat yang akan diadakan esok. Selepas menyiapkan semua kerja, mereka berempat memutuskan untuk pulang ke rumah. Semasa berada di dalam lif, tiba-tiba salah seorang daripada eksekutif yang nakal itu menerima panggilan telefon daripada setiausaha mereka yang memaklumkan bahawa Bump dan Ging ditemui mati di bahagian bawah tangga. Rupa-rupanya Bump dan Ging telah terjatuh daripada tangga dan terhempas ke tingkat satu setelah ditakutkan oleh ‘prank’ kepala terbang oleh bos mereka.

Menyedari dua pekerja di belakang mereka sebenarnya telah mati, Karan cuba menekan butang berhenti untuk keluar dari lif tersebut namun dihalang oleh Bump. Lif itu kemudiannya terus bergerak ke bawah menuju kegelapan. Sebagai peringatan di sini, jangan melampau sangat nak ‘prank’ orang kerana boleh mengundang kecelakaan dan lebih malang lagi jika mengakibatkan kematian. Untuk pengetahuan pembaca kisahseram.com, ketiga-tiga kisah di atas bukanlah kisah benar tetapi merupakan sinopsis daripada filem seram Thailand berjudul 3AM yang memaparkan tiga kisah seram pendek. Tiga kisah seram tersebut tidak bersangkut-paut antara satu sama lain namun semua kejadian seram di dalam kisah-kisah tersebut semuanya bermula pada pukul 3 pagi. Filem ini bukanlah filem terbaru tetapi ia telah diterbitkan pada tahun 2012 lagi.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *