“Tuhan Nak Tunjuk Kejap Je, Kemalangan Ini Mungkin Balasan Sebab Kau Curang”

Malang memang tidak berbau. Kalau keluarga atau kawan rapat terlibat dalam kemalangan jalan raya, sudah pasti sesiapa pun akan berasa sedih.

Semalam, laman Facebook Penang Kini melaporkan satu kemalangan teruk yang terjadi dari arah Cameron Highland ke Simpang Pulai.

Seorang meninggal dunia manakala tiga lagi cedera parah.

Status tersebut menjadi tular apabila salah seorang wanita, iaitu tunang kepada mangsa kemalangan yang dikenali sebagai Mohd Izham menyatakan kereta tersebut miliknya.


Walau bagaimanapun wanita tersebut tidak mengenali mana-mana perempuan dalam kereta tersebut.

Tidak habis disitu, seorang netizen dikenali sebagai Muhamad Izuan pula memuat naik status berkenaan kemalangan tersebut.

Kebanyakan netizen mengecam Izham kerana didakwa berlaku curang dan kemalangan ini adalah balasan Tuhan kepadanya.


Tidak kurang juga yang memberi kata semangat kepada tunang mangsa agar banyakkan bersabar kerana diuji sebegitu rupa.


Apa pun, kita sebagai orang awam tidak tahu cerita yang sebenarnya. Harap tiada yang membuat spekulasi yang bukan-bukan ya. 

Doakan agar kesemua mangsa selamat. -CARI FORUM via PENANG KINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *