Siapa Sangka Resipi Ikan Tenggiri Jeruk Ini Menerima 30 Ribu Share

Siapa Sangka Resipi Ikan Tenggiri Jeruk Ini Menerima 30 Ribu Share. Bagi penggemar ikan, pastinya ikan Tenggiri merupakan hidangan istimewa serta mempunyai nilai harga yang tinggi di pasaran. Begitu juga dengan cara masakan yang sempurna dan lazat pastinya membuka selera sesiapa sahaja yang melihatnya.

Begitu juga dengan resipi ikan Tenggiri Jeruk ini yang dikongsikan oleh Puan Yus Aisya di group masakan terkenal di group FB telah menerima lebih kurang 30 ribu perkongsian (share) dalam masa beberapa hari sahaja. Terbukti bahawa resipi ikan Tenggiri ini telah menarik ramai orang terutama suri rumah untuk mencubanya kerana cara masaknya yang mudah dan menjimatkan masa. Berikut dikongsikan resipi Ikan Tenggiri Jeruk oleh Puan Yuss Aisya.

Resipi Ikan Tenggiri Jeruk

Resipi Ikan Tenggiri Jeruk

Bersihkan Tenggiri segar.
Perap dengan :
*Jus limau Kasturi / nipis / lemon
*Garam secukupnya
*Halia hiris halus seperti mancis
*Lengkuas hiris halus seperti mancis
Sedikit ketumbar biji
Sedikit daun sage utk aroma, tidak wajib (herba Inggeris)
Black pepper (kisar)

Semua bahan bertanda * hendaklah kuantiti yang secukupnya untuk awet ikan supaya tidak busuk & tahan lama dengan izin Allah. Simpan peti bawah sahaja. Lepas 12 jam boleh goreng.

Siapa Sangka Resipi Ikan Tenggiri Jeruk Ini Menerima 30 Ribu Share

Mengapa daun sage?
Daun sage ada aroma yang sangat strong dan ada khasiat tersendiri – bersifat remedy, menenangkan, menurunkan tekanan darah tinggi. Sangat sesuai untuk orang berpantang. Rendam sage dalam sebarang minuman suam dan minum.
Boleh beli di pasaraya terpilih.

Resipi Ikan Tenggiri Jeruk

Resipi Ikan Tenggiri Jeruk

Goreng dengan bawang dan cili. Rasa masam, masin, wangi dan sedap.

Resipi Ikan Tenggiri Jeruk

Ini yang Puan Yuss Aisya jual. Pack dalam vacuum sealed untuk menjamin kesegaran jika ada yang order pos. Biasanya untuk ikan bergantung pada stok yang beliau dapat sebab ada musim ikan. Kalau ada baru boleh ambil order.

Resipi Ikan Tenggiri Jeruk

Selain itu, Puan Yuss Aisya juga ada menjual Daging Jeruk juga yang boleh dibeli secara online. Jadi bagi sesiapa yang ingin membeli dari Puan Yuss Aisya boleh pm beliau di FB.(KLIK)

Resipi oleh Puan Yuss Aisya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *