(Video) ‘Padan muka kau dik!’ – Terperangkap dalam lif selepas dikencingnya butang lif

Tindakan seorang kanak-kanak lelaki yang sengaja melakukan vandalisme mengundang padah apabila dia terperangkap dalam lif, lapor Oriental Daily.

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu di Chongqing, China, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak berkenaan berada dalam sebuah lif bersendirian.

Kanak-kanak itu kemudian membuka seluarnya dan membuang air kecil serta dengan sengaja menghalang air kencingnya pada butang lif.

Selesai berbuat demikian, dia menutup zip seluarnya dan bersedia untuk keluar dari lif tersebut. Bagaimanapun, pintu lif hanya terbuka sedikit sahaja sebelum kembali tertutup rapat.

Lampu butang-butang lif itu kemudian dilihat mengalami masalah atau ralat, termasuk lampu lif yang tak berhenti berkelip-kelip.

Terkejut dan takut dengan insiden itu, kanak-kanak terbabit segera menekan butang kecemasan untuk meminta bantuan sebelum lampu lif terpadam meninggalkan kanak-kanak itu dalam kegelapan.
Kanak-kanak itu bernasib baik selepas dia berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Ketika menonton semula rakaman CCTV, barulah perbuatan kanak-kanak itu terbongkar dan menyebabkan dia melalui satu pengalaman ngeri dan ramai yang mengatakan apa yang berlaku itu adalah balasan untuknya yang tergamak menganiaya orang lain.

Sumber: The Reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *