Penumpang Bas Ditahan Polis Gara-Gara Stoking Berbau

Pelik tapi benar. Di India, seorang penumpang bas ditahan polis gara-gara stokingnya berbau berbusuk.

Bau stoking yang terlalu busuk telah menyebabkan penumpang lain berasa tidak selesa dan mereka telah memintanya untuk menyimpan kasut dan stoking di dalam beg.

Prakesh Kumar, 27, dibawa ke balai polis selepas berlaku pertelingkahan dengan penumpang yang lain.

Bas diberhentikan di sebuah balai polis Himachal Pradesh sebelum laporan polis dibuat.

Menurut Hindustan Times, Prakesh bagaimanapun menafikan yang stokingnya berbau busuk dan penumpang lain bertengkar dengannya tanpa sebab.

Polis membenarkan Prakash diikat jamin.

Imej dari Getty Images

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *