Pekerja Dipaksa Pakai Pampers!!

Budaya kerja Korea yang sangat efisyen dan berkesan patut diambilguna oleh perusahaan global untuk memperkasakan dan mempertingkatkan pertumbuhan perniagaan serta budaya sendiri. Budaya ini merupakan sesuatu yang membawa Korea ke mata dunia. Jika budaya dan amalan-amalan ini diterapkan di dalam masyarakat sudah tentunya ia dapat mengubah tingkah laku manusia secara positif seterusnya memberikan manfaat kepada negara secara menyeluruh.

Penduduk Korea tidak memilih pekerjaan dan boleh dikatakan hampir keseluruhan pekerjaan dilakukan oleh penduduk Korea sendiri dan jarang untuk kita melihat pekerja warganegara luar bekerja di Korea. Majikan di Korea amat menitikberatkan kualiti kerja para pekerja mereka bagi menghasilkan produktiviti yang bagus.

Pada tahun 2013, kita dikejutkan dengan berita bahawa sebuah syarikat yang terletak di Honduras, Korea TELAH MEMAKSA PEKERJA MEREKA MEMAKAI LAMPIN UNTUK MENGELAKKAN MEMBUANG MASA UNTUK PERGI KE BILIK AIR!!

Jom kami kongsikan kisah pekerja yang dipaksa memakai lampin!!

Ceritanya begini sebuah syarikat kerjasama antara Amerika Syarikat dan Korea Selatan di Honduras kini dituduh oleh kesatuan kerja dan bekas pekerja selepas mereka memaksa pekerja memakai lampin pakai buang dewasa bagi meningkatkan produktiviti. Kenapa para pekerja dipaksa pakai lampin pakai buang? Syarikat itu didakwa pekerjanya memakai lampin pakai buang dewasa bagi mengelakkan mereka pergi ke tandas membuang air kecil. Lebih malang syarikat tidak membekalkan lampin pakai buang itu. Para pekerja terpaksa membeli sendiri lampin berkenaan dan mereka tidak dibenarkan meninggalkan meja kerja mereka atau menghadapi risiko kehilangan pekerjaan.

Walaubagaimanapun, pentadbiran syarikat berkenaan menafikan dakwaan tersebut. Satu siasatan sudah pun dijalankan menentukan kebenaran dakwaan itu.

Sabtu lepas Setiausaha Agung Konfiderasi Pekerja Umum di Honduras, Daniel Duron mendedahkan tindakan mengetepikan hak asasi manusia itu oleh syarikat Kyungshin-Lear Honduras Electrical Distribution System beribu pejabat di Korea Selatan itu.

Daniel membuat dakwaan itu berasaskan kepada beberapa keterangan dibuat pekerja syarikat Kyungshin-Lear dan mendesak siasatan dari pada pihak berkuasa.

Menteri Buruh Honduras Jorge Bogran pula memberitahu media, bahawa pihaknya sedang menyiasat dakwaan itu. Wakil Undang-Undang syarikat itu Edgardo Dumas menafikan dakwaan sebagai palsu dan tidak berasas serta tegas mengatakan syarikat itu tidak langsung melanggar undang-undang buruh di negara itu. Seorang pekerja Maria Gelano yang dipecat dari syarikat itu selepas bekerja selama tujuh tahun di syarikat itu mengesahkan dakwaan Daniel adalah benar.

“Amat memalukan, pekerja di sana perlu memakai lampin pakai buang dewasa kerana mereka tidak membenarkan pekerja pergi ke tandas, ramai pekerja di syarikat itu boleh mengesahkan dakwaan ini,” katanya.

Sumber: Cik Pirana via Oddity Central.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *