Pengalaman yang tak mungkin aku lupakan setiap kali tibanya Ramadhan

Kisah yang aku ingin kongsikan ini telah berlalu hampir 8 tahun.Dan kisah ini aku jadikan pengajaran buat aku dan keluargaku  terutamanya buat anak perempuan aku.
Sewaktu aku dan isteri pulang dari kerja, kami akan singgah sebentar ke Bazar Ramadan berdekatan stesen bas PJ Oldtown.Kebiasaannya memang jam 6 petang ramai orang membeli juadah untuk berbuka puasa.
Setelah selesai membeli, aku meneruskan perjalanan ke rumah.Kebiasaannya aku memang menunggang motosikal dan ikut jalan short cut jejantas motor Petaling Utama tu.
Sedang aku melalui jalan menuju ke jejantas, aku ternampak seorang budak  lelaki berumur lebih kurang 10 tahun dengan memakai songkok sedang menunggang basikal lusuh membawa kotak-kotak dan botol plastik.
Allah, masa tu aku rasa sayu sangat melihat budak lelaki itu.Kemudian, aku dan isteri aku mengambil keputusan ikut budak itu dari belakang lalu panggil sebentar budak tersebut.
Aku pun apa lagi, tanya la budak tu
“Dik, nak pergi mana tu?”
Dia jawab
“Nak pergi kedai besi buruk tepi jalan tu acik,kenapa acik?”
Allah, aku dan isteri terdiam entah macam mana aku tergerak hati hulurkan sedikit wang kepada budak lelaki tersebut.
Korang tahu apa budak tu jawab selepas pemberian aku?
Dia cakap
“Alhamdulillah acik, dapatlah saya beli makanan buat adik-adik saya untuk berbuka nanti”.¬†
Adoii, budak lelaki tu dah buat hati jantan aku nak menangis, isteri aku tak payah cakap la, jenis sensitif, teriak terus.
Masa tu aku berfikir masih ada lagi anak-anak yang masih berusaha membantu keluarga untuk meneruskan hidup.
Jadi, nasihat aku ajarilah anak-anak kita dengan gaya hidup sederhana, jangan membazir, dan sentiasa mengingati mereka bahawa masih ada orang lagi susah daripada kita.
Kredit : Mrs Pirana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *