Tips Mudah Tanggalkan Sticker Pada Motosikal

Beberapa tip yang boleh digunakan untuk memudahkan sikit proses tanggalkan sticker

Selalunya aku guna WD-40 atau mess pen WD-40 ajer..

Sebagai contoh :
Bubuh WD-40 kat sticker tu, biar sebentar . Ambil Hot Air Tool Salai atau layor kan sticker tu agak suam-suam jer.semasa panas suam-suam tu kopek atau cabut pelahan-lahan sticker tersebut.Cuma sisa gam akan melekat sikit dekat permukaan..lebihan gam aku akan gunakan Spray WD-40 sekali lagi ….sembur kat bahagian gam yg tertinggal kemudian biar dlm 1-3 minit..Gosok ngan kain… Insya Allah semua sisa gam akan hilang..

Kalau tak ade Hot Air Tool ni korang bolehlah gunakan Hairdrayer..untuk Sticker reflection lak….stickernya agak payah nak tanggal….jadi selalunya memang kena salai pakai api lighter skit….

Yang nak remove sticker kadang kala aku pakai petrol, turpetine atau diesel then pastu kena cepat-cepat basuh dengan sabun..Kadang kala tu gune minyak zippo atau minyak sepirit je…tapi ko kene korek sikit sticker tu kat penjuru die then titiskan minyak zippo atau minyak sepirit …cat pun tak rosak…aku dah pernah try buat…Tapi Kalau Jenis Multy purpose yang lain aku tak jamin ade kesan tak pada cat asal tu…kadang tu lebihan gam saya akan gunakan sembur LABEL OFF kat bahagian gam yg tertinggal kemudian biar dlm 1-3 minit.gosok plak bersih-bersih ngan kain….insyaAllah semua gam lebihan akan hilang

Contoh seterusnya:
cabut perlahan2 sticker tersebut.bubuh isopropanol / spirit hilangkan sisa gam . Pastu sapu Wax di atas bekas sisa gam, gosok dengan kain hingga bersih sebab wax ni membersih dan seterusnya menggilap..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *