Pelajar Perubatan Ini Terdiam Bila Dr Zakir Naik Jawab Soalannya Tentang Yuran Pengajian Tinggi

Seperti kebiasaan program ceramahnya yang terdahulu, penonton diberi peluang untuk bertanya sendiri soalan kepada Dr Zakir Naik. Seorang pelajar perubatan ini bertanya tentang yuran pengajian tinggi yang dikenakan kepada mereka, ini jawapan bernas beliau.

Kenapa kerajaan tidak menghargai kami?

Ketika sesi soal jawab itu, seorang pelajar bertanyakan soalan ini dan mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir.

Pelajar : Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti saya yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser? Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi sehingga memaksa pelajar seperti saya berhutang dan menanggung riba.

Dr. Zakir Naik : Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?

Pelajar : RM3,600 setahun!

Itu salah awak sendiri

Screen Shot 2016-04-11 at 12.23.11 PM

Dr. Zakir Naik bagaimanapun terkejut dengan jumlah tersebut yang disifatkan sangat murah jika dibandingkan dengan negara lain.

Kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah US$100,000. Kira baik kerajaan memberi subsidi yang banyak untuk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah, kenapa pergi buat pinjaman yang mengamalkan riba?

Itu adalah salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal. Kalau tidak mampu, boleh mohon bantuan dari dua pusat berkenaan.

Di akhir sesi itu, Dr Zakir Naik bertanya jumlah pelajar yang tidak mampu membayar yuran tersebut. Pelajar terbabit menjawab seramai 80 orang.

Dr. Zakir Naik beritahu jika mereka semua tidak mendapat bantuan baitulmal dan zakat, dia sendiri yang akan membiayai yuran kesemua pelajar itu namun jangan menyalahkan kerajaan.

Sumber : Terengganu Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *