Negara-Negara Dengan Hutang Paling Sikit Di Dunia.

Kebanyakan daripada negara yang ada di atas muka bumi ini kini sedang bergelut dengan pertambahan hutang dan defisit. Namun, terdapat negara-negara yang masih mampu konsisten mengekalkan hutang yang rendah.

Banyak negara di seluruh dunia sedang bergelut dengan peningkatan hutang dan defisit, tetapi yang lain tetap konsisten dengan kewajiban mereka.

negara dengan hutang paling sikit di dunia 2

Kaji selidik Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia telah mengkaji tahap kesihatan dan risiko kewangan negara-negara di seluruh dunia. Sejumlah negara mengekalkan tahaap hutang awam yang rendah hasil daripada bekalan sumber alam semula jadi yang banyak.

Manakala yang lain meneruskan pembaharuan pasaran liberal yang membuatkan fiskal sebagai polisi pusat. iluminasi.com ingin kongsikan 10 negara dengan hutang awam paling rendah berbanding KDNK.

10. Algeria – 20.4%

algeria negara dengan hutang paling sikit di dunia

Di Algeria, kerajaannya menolak sekeras-kerasnya untuk menggunakan hutang luaran yang tinggi bagi membiayai ekonomi negara. Sebaliknya, Algeria bergantung harap kepada sumber alam iaitu rizab minyak.

Menurut laporan Reuters, ekonomi negara Afrika Utara bakal berkembang secara sihat kepada 4%, jauh melebihi ramalan awal iaitu 2.2%. Ini melebihi kadar pertumbuhan tahun 2017 sebanyak 3.7%.

9. United Arab Emirates – 19.3%

emiriah arab bersatu uae negara dengan hutang paling sikit di dunia

Unsplash/Roman Logov

KDNK Emiriah Arab Bersatu pada tahun 2017 adalah sebanyak RM1.5 trillion, namun hutang negara ini hanyalah 19.3% daripada KDNK, menjadikannya negara ke-9 dengan hutang awam paling rendah di dunia.

UAE memiliki dana kekayaan yang besar yang mana digunakan untuk pelaburan dari rizab minyak negara berlebihan. Ia dianggarkan bernilai lebih daripada RM5.17 trilion.

8. Nigeria – 18.6%

nigeria negara dengan hutang paling sikit di dunia

Nigeria berada pada kedudukan ke-8 dengan hutang negara pada tahap 18.6% berbanding KDNK negara. Tahap hutang awam kepada GDP telah berkembang secara berterusan dalam tempoh 5 tahun yang lalu.

Namun, ia masih jauh di bawah had kritikal 40% daripada 40% yang telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan Nigeria untuk ekonomi mereka.

7. Kuwait – 18.6%

kuwait negara dengan hutang paling sikit di dunia

Sebagai salah satu negara Arab yang kaya dengan sumber minyak, ekonomi Kuwait terus melantun dari kelembapan tahun 2015 yang didorong oleh kejatuhan harga minyak dunia.

Negara ini bergantung kepada hutang untuk membiayai defisitnya walaupun mempunyai dana kekayaan yang sangat besar. Sejak April 2016, Kuwait berhutan sebanyak RM35.4 bilion dari segi hutang domestik dan RM23.5 bilion hutang asing.

6. Russia – 17%

rusia negara dengan hutang paling sikit di dunia

Rusia adalah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap KDNK yang paling rendah di dunia disebabkan oleh kapasiti pengeluaran, dan rizab minyak dan gas yang besar.

Menurut Jabatan Tenaga Amerika Syarikat, sumber asli Rusia kini bernilai kira-kira RM298.1 trilion, iaitu merangkumi 30% daripada sumber asli di dunia.

5. Botswana – 13.9%

botswana negara dengan hutang paling sikit di dunia

An aerial view of Botswanan capital Gaborone, one of the fastest-growing cities in the world.Shutterstock

Negara di Afrika selatan ini, Bostwana, adalah sebuah kisah kejayaan moden. Di antara tahun 1966 hingga 1999, purata kadar pertumbuhan ekonominya adalah sebanyak 9%, iaitu yang paling tinggi di dunia.

Ia menafikan kelembapaan global dunia antara tahun 2007 hingga 2009 serta mengekalkan tahap hutang awam yang sangat rendah, pada kadar 13.9% daripada KDNK negara.

4. Arab Saudi – 12.4%

arab saudi negara dengan hutang paling sikit di dunia

Aerial view of Riyadh downtown on August 22, 2016 in Riyadh, Saudi Arabia.Shutterstock

Walaupun tahap hutang Arab Saudi yang kaya raya dengan minyak adalah rendah mengikut piawaian global, namun hutang negaranya melambung ketika kejatuhan harga minyak dunia selama 2 tahun iaitu pada 2015 dan 2016.

Hutang kerajaan Arab Saudi meningkat kepada RM356.4 bilion pada tahun 2016, meningkat sebanyak 619% daripada tahun 2014.

3. Estonia – 9.5%

estonia negara dengan hutang paling sikit di dunia

Selepas mendapat kemerdekaan daripada Rusia pada tahun 1918 berikutan PerangDunia Pertama, Estonia secara agresifnya mengejar pembaharuan pasaran liberal yang menjadikanya sebagai salah satu ekonomi terkemuka di Eropah Timur.

Ekonomi negara ini dicirikan oleh belanjawan yang seimbang, cukat pendapatan berkadar rata, dasar perdagangan bebas, mata wang yang dapat ditukar sepenuhnya bersandarkan pada Euro, dan hutang awam yang hampir tak wujud.

2. Brunei – 3.1%

brunei negara dengan hutang paling sikit di dunia

Pada kadar hutang sebanyak 3.1% berbanding KDNK negara, Brunei berada di kedudukan ke-2. Brunei mengalami pertumbuhan ekonomi pesat berikutan kemerdekaan yang diperoleh daripada United Kingdom pada 1984.

Ia hampir sepenuhnya disokong oleh eksport gas dan minyak, KDNK awam yang tinggi dan negara berkebajikan yang sangat pemurah, menyediakan semua perkhidmatan perubatan dan subsidi makanan serta perumahan.

1. Hong Kong – 0.1%

hong kong negara dengan hutang paling sikit di dunia

Ekonomi Hong Kong yang dipacu oleh pasaran dicirikan oleh sektor perbankan kewangan yang sangat memberikan pulangan lumayan, kawalan kewangan yang dikawal selia dengan baik dan rapi, rizab pertukaran asing yang besar dan hampir tiada hutang awam.

KDNK per kapita Hong Kong adalah yang ke-6 tertinggi di dunia iaitu sebanyak RM170,000 per kapita, kurang sedikit berbanding Brunei.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *