[KISAH SEDIH SUAMI ISTERI]”Takpe la Abang, kita letak dulu beras dan telur tu, lagipun kita dah janji dengan Anisa nak belikan air vitagen, susu dia pun dah nak habis”

Pagi semalam aku bersama-sama anak buah aku menemani mak ke pasaraya berdekatan rumah membeli barang keperluan dapur. Mak aku berniaga kuih-muih jadi memang agak banyak barang yang hendak dibelinya. Pagi tu memang ramai sangat orang maklumlah baru dapat duit BRIM kan.
Melihat telatah dan ragam manusia di situ, aku hanya tergelak kecil.Mana taknya anak kecil menangis meminta mainan, makanan dan macam-macam lagi.
Setelah 45 minit aku menemani mak aku di pasaraya tersebut sampailah kami di kaunter untuk membayar barang-barang tersebut.Punya lah ramai orang di kaunter bayaran.Aku dengan penuh sabar menunggu  sehinggalah tiba giliran suami isteri nak bayar barangan mereka.Sempat lah aku melihat apa barangan yang mereka beli.Ada beras, telur, sabun, air vitagen, susu tepung, sayur sayuran, roti, maggi, sardin tin, dan aku kiranya kesemua barangan tu memang perlu pun untuk keluarga tersebut.
Apabila cashier selesai scan kesemua barangan tersebut, lantas cashier tu memberitahu,
” Abang total RM82.60″
Tetiba dengan nada terkejut, lelaki tersebut berkata
“Allah, tak cukup pulak duit abang, boleh ke saya tolak beberapa barangan ni dik?”
Cashier pun menjawab
” Boleh bang, abang pilih barang mana yang hendak di potong”.
Aku yang ada di belakang lelaki tersebut hanya memerhati dan lelaki itu meminta maaf kepada aku kerana membuatkan aku dan mak aku menunggu lama. Lalu aku menjawab
” Takpa bang,saya boleh tunggu”.
Dalam pada itu, aku sempat tengok barangan apa yang lelaki tersebut tidak jadi membeli. Ya Allah betapa sedihnya hati aku apabila melihat lelaki tersebut tidak membeli beras dan telur yang aku kira barangan tersebut lebih penting berbanding barangan lain. Yang aku lihat lelaki tersebut membeli air vitagen, susu tepung, roti, biskut, sardin tin, sabun, minyak masak, maggi dan sedikit sayur sayuran.
Tiba-tiba aku terdengar si isteri berbisik kepada suaminya
” Takpa lah abang kita letak dulu beras tu dan telur sepapan tu, nant kita beli yg kilo punya, lagipun kita dah janji nak beli Anisa air vitagen dan susu dia pun dah nak habis”
Allah meruntun hati aku apabila terdengar luahan kedua dua suami isteri itu.
Setelah beredar kedua- dua suami isteri itu aku dan mak  membuat keputusan untuk membeli barangan yang lelaki itu tadi tidak jadi beli.Hanya kurang Rm30 duit lelaki tadi.Bukan aku tak nak tolong lelaki tadi sewaktu dia berada di depan aku tadi, cuma aku tak nak dia berasa segan dengan pelawaan aku hendak membantunya.
Sementara cashier tersebut scan barangan mak aku itu, aku bergegas mendapatkan kedua-dua suami isteri tadi.Aku mintak anak saudara aku temani mak aku di kaunter bayaran tadi.
Alhamdulillah mujur sempat aku cari kelibat suami isteri tadi.Aku pun apa lagi panggil lah lelaki tadi
“Bang, bang kejap.”
“Eh, kenap dik?”
“Ni, mak saya mintak saya bagi barang-barang ni kat abang”
“Allah, kenapa beli dik?”
“Abang takde duit ni dik nak ganti sekarang, memang beli barang-barang tadi cukup-cukup je duit kami”
” Eh takpe bang, ni mak saya belanja abang, ambik la abang, kami ikhlas ni, abang tak payah susah-susah nak ganti duit kami”.
Masa itu aku lihat wajah kedua dua suami isteri tunduk malu dan rasa serba salah.
“Abang jangan lah susah hati anggap je pemberian kami ni rezeki keluarga abang”.
“Terima kasih dik”.
Berkali-kali kedua dua suami isteri itu mengucapkan terima kasih.
Walaupun kita hidup di zaman yang serba moden, namun masih ada keluarga yang hidup susah apatah lagi bagi mereka yang tinggal di bandar pesat.Nilai wang kita semakin kecil.Dengan nilai RM50 kini, kita hanya dapat membeli sedikit barangan sahaja.
Kredit: Cik Pirana via Metafora Anafora

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *