Asal Usul Perkataan ‘Makcik Bawang’ Yang Ramai Tidak Tahu.

Samada anda perasan atau tidak, perkataan Makcik Bawang’ semakin popular di media sosial dan penggunaannya semakin meluas dari hari ke hari.

Perkataan itu mula timbul di sosial media pada tahun 2017 tetapi tahukah anda tidak semua netizens mengetahui disebalik makna perkataan itu?

“Apa maksud Makcik Bawang eh?”

Ini boleh dilihat apabila sesetengah netizens akan bertanyakan soalan setiap kali istilah makcik bawang digunakan oleh pihak tertentu di media sosial ini.

Ada juga yang sebenarnya buat-buat faham maksud disebalik istilah tersebut; contohnya sesetengah netizens beranggapan ia merujuk kepada :

– Makcik yang gemuk macam bawang

– Makcik yang bermulut celupar

– Makcik yang layan kaki drama pukul 7 dan kemudiannya menangis-menangis

– Makcik mulutnya busuk selepas makan bawang untuk menyindir makcik yang suka mengata (mulut busuk) 

Bagaimanapun makna sebenar ‘Makcik Bawang’ ialah :

→ Kuat mengumpat ataupun suka mengata orang – Diilhamkan dari kegiatan makcik-makcik merewang potong bawang sambil mengumpat. 

Asal usul makcik bawang

Ada yang berpendapat istilah ini mula-mula sekali diperkenalkan di page Kisah Rumah Tangga – page yang sering menjadi perhatian dan kecaman di media sosial kerana gemar berkongsikan cerita rumah tangga termasuklah dalam hal-hal yang tidak sepatutnya diceritakan secara terbuka..

Kononnya terdapat beberapa netizens yang menggunakan istilah ‘makcik bawang’ bagi memerli dan menyindir pihak-pihak yang suka mengata hal/rumah-tangga orang lain… sedangkan mereka hanyalah pihak yang ketiga..

Diharapkan dengan penerangan ini netizens bolehlah menggunakan istilah makcik bawang sesuai dengan tempat dan maksudnya selepas ini – jangan salah guna lagi okey…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *