ABAH KENAPA KELUARKAN SEPULUH RINGGIT JER??

Kisah sedih ni terjadi betul-betul di hadapan aku yang ketika itu sedang beratur untuk keluarkan duit di mesin atm. Aku pun hairan kenapalah ramai sangat orang pada waktu itu. Tiba-tiba kedengaran suara anak-anak muda bertegur sapa sesama rakan mereka bertanyakan duit BRIM. Dalam hati aku berkata

“Owh duit BRIM, patutlah ramai sangat orang beratur petang ni.”

Di hadapan aku kelihatan seorang lelaki bersama-sama seorang anak perempuannya yang aku kira sebaya dengan anak aku. Bapanya sangat lembut dan sabar melayani kerenah anak perempuannya meminta itu dan ini tatkala melihat bapanya akan mengeluarkan duit. Aku hanya tersenyum melihat telatah anak perempuannya yang meminta bapanya membeli air jagung selepas selesai urusan bapanya mengeluarkan duit. Bapanya hanya tertunduk dan mengganguk kepalanya tanda setuju dengan permintaan anak perempuannya.
Tidak lama kemudian, tiba giliran bapa tersebut mengeluarkan duit. Si anak bukan main gembira apabila giliran bapanya. Setelah selesai urusan si bapa itu, terdengar suara kecil anak perempuannya.

“ABAH, KENAPA ABAH KELUARKAN SEPULUH RINGGIT JER?”

Allahu, betapa sayunya hati aku tatkala terdengar soalan anak perempuan itu kepada bapanya. Si bapa hanya diam membisu dengan muka yang sangat sedih. Setelah selesai urusan aku, kelihatan dua beranak tersebut di parkir motor. Lalu, aku singgah menghampiri kedua-dua beranak tersebut.

“Dik, dik tadi nak air jagung kan? Nah, ni pakcik bagi sikit duit minta abah belikan air jagung yer”

Tergamam si bapa tatkala aku memberi duit kepada anaknya.

“Eh, tak pa dik, nanti saya belikan air jagung tu kat anak saya, banyak sangat ni awak kasi anak saya.”

Lalu aku menjawab

“Takpa bang, ambil lah duit ni buat belanja anak-anak di rumah. Saya ikhlas ni. Anggaplah ni rezeki anak-anak abang.”

Selang beberapa minit, bapa tersebut bersuara

“Sebenarnya saya ingat duit BRIM saya masuk hari ni, tapi tak masuk lagi”

Allahu, meruntun lagi hati aku apabila terdengar keluhan seorang bapa. Terus aku bercakap kepada bapa tersebut

“Mungkin esok kot bang, duit BRIM masuk”

“Gamaknya la dik, terima kasih lah sudi tolong saya, lagipun kat saya betul- betul tinggal SEPULUH RINGGIT sementara nak tungggu gajiĀ  dua hari lagi”.

Allah, sedihnya mendengar keluhan bapa tersebut. Bayangkan lah dengan nilai sepuluh ringgit tu bagaimana lah dia nk buat belanja anak-anak dan keluarganya?Dalam zaman yang serba moden ni, masih ada keluarga yang masih hidup susah sebegini.
Kredit : Cik Pirana via Metafora Anafora

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *