RUSUHAN KAUM TAMAN MEDAN TAHUN 2001 YANG PERNAH MENGEMPARKAN MALAYSIA

Korang mesti selalu dengar tentang peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kan. Pada masa itu Malaysia telah mengalami rusuhan kaum yang paling buruk dalam sejarah negara. Selain daripada peristiwa 13 Mei, ada juga peristiwa Hartal Pulau Pinang 1967 dan juga beberapa rusuhan kaum lain yang semuanya membawa kepada pembentukan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970.

Tapi 30 tahun selepas pembentukan Rukun Negara, berlaku lagi satu rusuhan kaum di Taman Medan, Petaling Jaya pada tahun 2001. Jadi hari ni SOSCILI nak ceritakan sikit tentang kisah ini agar kita sama-sama dapat ambil ikhtibar.

Masyarakat yang dipinggirkan dan gejala sosial yang berlarutan

Kepada yang tak tahu, Petaling Jaya ini boleh dianggap sebagai bandar satelit bagi Kuala Lumpur manakala Taman Medan pula merupakan sebuah perkampungan di tengah-tengah pusat bandar ini tadi.

Penempatanya pula terdiri daripada deretan rumah setinggan yang didiami oleh 70% bangsa Melayu, 20% kaum India dan 10% pula bagi orang-orang Cina.

Di sekitar Taman Medan terdapat beberapa kawasan perkampungan dengan demografi penduduk yang berbezadi mana Kampung Medan, Kampung Lindungan Jaya dan Taman Dato Harun dengan majoriti Melayu dan Kampung Ghandi dengan majoriti masyarakat india menetap di situ.

Walaupun penduduk kat sana bebilang kaum, dorang tetap harmoni sebenarnya sehinggalah pada 8 Mac 2001 di mana kekecohan mula tercetus. Pada mulanya, pergaduhan ini hanya melibatkan sebilangan kecil je orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Tetapi dengan pantas ianya telah merebak menjadi pergolakan kaum selama 3 minggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *