Kenali Amelia Henderson, Pelakon Pan-Asian Makin Curi Perhatian Penonton

Siapa follow drama Jangan Benci Cintaku yang tengah meletop-letop kat TV sekarang ni? Dalam banyak-banyak pelakon dan watak-watak yang menyakitkan hati, gadis Pan-Asian bernama Amelia Thripura Henderson ni telah mencuri hati penonton.

Sumber: Instagram

Membawa watak sebagai Damia iaitu rakan kepada Rafeeqa, Amelia dulu pernah terkenal kerana muncul sebagai penghias kulit majalah Bintang Kecil. Bagi yang tak tahu, majalah ni onz gila zaman 90 ke 2000-an! 

Sumber: Blog

Amelia ni bukan saja memiliki wajah yang jelita, dia juga pada usia 14 tahun telah menjadi ahli persatuan IQ tertua di dunia, Mensa International dan memperolehi IQ sebanyak 180! Wow bijaknya! 

Sumber: Star2

Dek kerana memiliki wajah yang cantik dan petah berkata-kata, Amelia mula menceburi bidang seni dengan terlibat dalam iklan Mothercare dan berlakon dalam sitkom Keluarga Adam. Lebih membanggakan, Amelia jugak pernah terlibat dalam persembahan teater muzikal seperti The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya pada tahun 2007. Wow talentednya! 

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Selain tu, Amelia yang minat dengan tarian balet ni mempunyai ibu yang berketurunan India dan bapa yang berketurunan Scotland. Oh patutlah dia cantikkk! Dia juga mempunyai seorang adik lelaki bernama Alexander yang boleh tahan kacak!

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Pada 2016, Amelia telah memeluk Islam dan bernikah dengan Tunku Dato’ Harrunnarrassheed Putra iaitu anak kepada Tunku Bendahara Kedah. Namun sehingga kini status perkahwinannya menjadi tanda tanya kerana ada gosip-gosip yang mengatakan dorang ni dah berpisah.

Sumber: MSN
Sumber: Malaysian Tatler

Rata-rata netizen suka giler dengan lakonan Amelia sehingga ada di antara netizen mengaku dorang tonton Jangan Benci Cintaku sebab hanya nak tengok Amelia je. Amboiii!

Sumber: Twitter

Sapa suka tengok lakonan Amelia angkat tangan? Semoga terus sukses!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *