Ibnu Sina: Cendekiawan Islam Yang Mengubah Dunia Perubatan Moden

Ibnu Sina atau Avicenna di Barat dalah seorang ilmuan ulung Islam yang mengubah bidang perubatan dunia. Nama penuh beliau adalah Abu Ali al-Husayn ibn Abd Allah ibn Sina.

Ibnu Sina dilahirkan sekitar tahun 980 A.D. di sebuah kampung di Afshana yang pada hari ini terletak di negara Uzbekistan. Namun, pada ketika beliau dilahirkan, kawasan berkenaan adalah sebahagian daripada dinasti Farsi.

Bapa beliau adalah seorang ulama yang dihormati. Ibu beliau berasal dari Bukhara, ibu negeri Empayar Samanid yang hari ini terletak di Afghanistan.

Sumber utama berkenaan kehidupan cendekiawan ini diambil daripada autobiografi beliau, yang ditulis oleh anak didik atas arahan beliau,

Pendidikan Awal Ibnu Sina / Avicenna

pendidikan awal ibnu sina avicenna

Sumber Foto: bersamadakwah.net

Ibnu Sina menerima pendidikan awal di kampung halaman beliau. Memiliki minda yang cerdas serta kebolehan dalam pelajaran jelas ditonjolkan beliau ketika masih kecil. Beliau selalu menyertai bapa bersama ulama-ulama lain dalam perbincangan intelektual.

Beliau mempunyai kebolehan menghafal segala perkara dengan mudah, menyebabkan ramai orang kagum dengan beliau. Ketika berusia 10 tahun, telah berjaya menjadi seorang al-Hafiz al-Quran.

Pada awal usia, beliau mendapat pendedahan awal tentang ilmu dunia termasuklah bidang puisi Farsi. Ketika berusia 14 tahun, beliau sudah mempunyai ilmu yang mengatasi guru beliau sendiri.

Beliau banyak meluangkan masa untuk menuntut ilmu tentang falsafah, logik, sains, udang-undang Islam, serta hasil kerja Euclid, seorang ahli matematik berbangsa Greek.

Ibnu Sina adalah seorang yang warak, dan selain menuntut ilmu, beliau turut meluangkan banyak masa memohon kepada Allah bagi menyelesaikan permasalahan yang bermain di minda.

Beliau mempunyai matlamat untuk mengkaji hubungan antara ilmu sains dan agama, serta menghasilkan beberapa penulisan pendek berkenaan teologi Islam, termasuklah sebuah wacana tentang nabi-nabi dan tafsiran saintifik tentang Al-Quran.

Pengenalan Ibnu Sina / Avicenna Kepada Bidang Perubatan

pengenalan ibnu sina avicenna kepada bidang perubatan moden

Sumber Foto: tirto.id

pengenalan ibnu sina avicenna kepada bidang perubatan 293

Sumber Foto: jw.org

Ketika berusia 16 tahun, Ibnu SIna mempelajari bidang perubatan, dan hanya 2 tahun kemudian, beliau berjaya menjadi seorang pengamal perubatan bertauliah yang dihormati.

Latihan perubatan yang dipelajari beliau sangat berguna, berjaya mengubati ramai orang. Antaranya termasuklah Raja Bukhara, iaitu Nooh Ibn Mansoor yang menghidapi suatu penyakit misteri.

Ramai doktor lain cuba mengubati baginda namun gagal. Rawatan oleh beliau berjaya mengubati raja tersebut, dan baginda sangat bersyukur dan ingin memberi ganjaran kekayaan kepada beliau.

Sebagai seorang yang cinta akan ilmu, apa yang diminta beliau hanyalah akses kepada Perpustakaan Besar Samanid. Selain Raja Bukhara, dengan izin Allah, beliau turut berjaya mengubati Raja Hamadan iaitu Shams al-Daulah daripada penyakit kolik (kesakitan pada perut).

Sumbangan Besar Ibnu SIna / Avicenna Kepada Dunia Perubatan

sumbangan ibnu sina avicenna the canon of medicine

Sumber Foto: awesomestories.com & muslimheritage.com

sumbangan ibnu sina avicenna the book of healing

Sumber Foto: commons.wikimedia.org & commons.wikimedia.org

Antara kejayaan lain beliau adalah penulisan beberapa buah buku perubatan termasuklah kitab ‘Al-Qanoon fi al-Tibb’ atau dalam bahasa Inggeris ‘The Canon of Medicine’.

Buku ini terdiri daripada 14 jilid, dan telah digunakan sebagai buku teks perubatan di Eropah dan empayar Islam sehingga kurun ke-17. Buku berkenaan membincangkan penyakit berjangkit berkaitan hubungan kelamin, penyakit jangkitan lain, teori dan beberapa penyakit lain.

Antara pencapaian ulung beliau yang lain adalah penulisan kitab ‘Al-Sifa’ atau dalam bahasa Inggeris ‘The Book of healing’. Buku ini membincangkan tentang logik, sains semulajadi, matematik dan metafizik.

Secara keseluruhannya, Ibnu Sina dikatakan telah menulis lebih daripada 400 penulisan meliputi pelbagai rangkaian ilmu, yang mana hanya 250 daripadanya kekal wujud sehingga ke hari ini.

Selain ‘The Laws of Medicine’ dan ‘ The Book of Healing’, beliau turut menulis ‘Book of Salvation’, ‘Divine Wisdom’, ‘Book of Sum and Substance’, dan ‘Book of Virtue and Sin’.

Sumbangan Besar Ibnu Sina / Avicenna Kepada Lain-Lain Bidang

sumbangan besar ibnu sina avicenna dalam astronomi kima perubatan

Sumber Foto: jw.org

sumbangan besar ibnu sina avicenna kepada lain lain bidang

Sumber Foto: deinayurveda.net

Kebanyakan buku-buku ini ditulis dalam bahasa Arab, walaupun bahasa ibunda beliau adalah bahasa Farsi. Hal ini adalah kerana bahasa Arab pada ketika itu adalah bahasa intelektual, dan kebanyakan sumber rujukan adalah dalam bahasa berkenaan, sebagaimana bahasa Inggeris pada hari ini.

Selain bidang perubatan dan falsafah, beliau turut mempunyai sumbangan dalam lain-lain bidang seperti matematik, fizik, muzik, astronomi dan banyak lagi. Beliau turut mengkaji tentang lain-lain bentuk tenaga dan konsep haba, cahaya, daya, vakuum dan infiniti.

Kesihatan Ibnu Sina mula terjejas kerana pengembaraan yang terlalu ekstensif bersama Muhammad ibn Rustam Dushmanziyar, seorang pemerintah dinasti Kakuyid. Beliau menjadi doktor dan penasihat kepada baginda.

Ibnu Sina menghembuskan nafas terakhir pada usia 57 tahun dan disemadikan di Hamedan, Iran.

Lain-Lain Sumbangan Besar Ibnu Sina / Avicenna

  1. Mengkaji dan menemui penyakit-penyakit baharu, punca dan kaedah rawatan.
  2. Kajian tentang pengaruh kuman dalam penyakit.
  3. Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.
  4. Mencipta ubat bius.
  5. Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan.
  6. Mencipta picagari dan alatan pembedahan yang lain.
  7. Mencipta kaedah pemerhatian dan analisis dalam bidang perubatan.

FIlem Berkaitan Ibnu Sina / Avicenna Oleh Holywood

Terdapat olahan yang ketara oleh Holywood tentang Ibnu Sina dalam filem ‘The Physician’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *