Jika Period Agak ‘Deras’ & Ada 7 Lagi Simptom Ini, Mungkin Kamu Ada Fibroid

Pernah dengarkan tentang fibroid.

 

Jangan tak tahu, biar korang belum kahwin, tak bermakna korang tak boleh dapat fibroid kerana dari 3 orang wanita, seorang darinya akan pasti ada fibroid.

Baca penerangan detail dari Dr Muhammad Izzat mengenai fibroid seperti dikongsinya dalam Facebook miliknya:

 

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan tak berbahaya yang melibatkan dinding rahim. Juga dipanggil sebagai leiomyoma. Ada pelbagai jenis fibroid – merangkumi saiz yang berbeza dan lokasinya pada dinding rahim tu.

Walaupun saya cakap fibroid ini tak berbahaya, pembaca perlu tahu bahawa kurang dari 1% fibroid ni bole bertukar menjadi jenis berbahaya dinamakan leiomyosarcoma.

Fibroid sangat biasa berlaku pada wanita, jadi jangan ler terkejut kalau doktor cakap ada fibroid ternampak masa scan. Tanpa disedari pun boleh ada fibroid. Kekerapannya dalam 3 wanita, sorang akan ada fibroid.

Beginilah rupa fibroid yang dibawa keluar selepas pembedahan

 

Pelbagai saiz fibroid, dari saiz milimeter hinggalah boleh jadi sebesar lebih 10 cm dan fibroid dinamakan mengikut lokasinya. Perlu tahu fibroid ni lazimnya tak menimbulkan apa-apa masalah sebab kekadang kewujudannya tak disedari pun. Kalau fibroid menimbulkan masalah – masalah yg biasa adalah period banyak, period sakit ( senggugut ) , terasa ‘benda’ menekan bahagian pundi kencing pada rectum menyebabkan sekejap-sekejap nak kencing, rasa nak berak tapi tak kluar apa apa pun, ada juga yg melaporkan rasa sakit.

Fibroid ni berkaitan dengan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Jadi bila da menopos atau putus haid, takde dah bekalan hormon hormon ini menyebabkan saiz fibroid ni mengecut. Tapi, jika da putus haid, saiz fibroid plak tak mengecut sebaliknya makin besar atau bertambah-tambah jumlahnya adalah tanda-tanda tak bagus – fibroid ini adalah jenis yg bahaya ( leiomyosarcoma)

 

Kenapa Berlakunya Fibroid?

✅Tanya la sesapa pun. Semua pakar dan kajian demi kajian mengatakan punca sebenar fibroid ini masih belum diketahui asal usulnya.

✅Banyak kajian membuktikan bahawa fibroid berkaitan rapat dengan hormon wanita sebagaimana yang saya jelaskan tadi. Sebab tu ada perkaitan obesiti dan fibroid ni.

✅Kenapa obesiti? Sebab lemak-lemak degil yg terkumpul dalam badan ni menyimpan hormon wanita. Hormon yg tersimpan dengan banyak ni dikatakan menjadi punca fibroid terjadi. Ha so ape lagi? Jom kuruskan badan !

 

Gejala-Gejala Fibroid

Semua gejala dinyatakan ni bukan spesifik kepada orang yg ada fibroid. Maksudnya bukan fibroid sahaja penyebab simptom simptom ini. Jangan melompat terus buat diagnosis sendiri bila dengar orang ada symptom mcm ni ataupun diri sendiri ada masalah mcm ni.

 

1️ Pendarahan period yang luar biasa banyaknya.

2️ Sakit period yang melampau2 sampai tak boleh pegi kerja atau pegi kolej atau pegi sekolah sehingga guling-guling kat umah dan memerlukan MC.

3️ Perut terasa buncit. Mungkin disangka lemak terkumpul tapi sebenarnya bengkak dari rahim atau ovari. Bila cakap camni, semua orang buncit dah cuak pegang-pegang perut sendiri. Perut buncit saja bukan disebabkan fibroid ya. Tinja penuh dalam usus pun boleh sebabkan perut buncit bukan sekadar lemak tepu

4️ Terkencing-kencing kerap. Baru kencing tadi rasa nak kencing lagi. Sebab fibroid besar boleh menekan pada pundi kenci menyebabkan rasanya nak kencing. Beriya berlari pegi toilet, tapi ciput je kencing yg kluar, kadang2 tkde langsung

5️ Sakit bahagian bawah perut – kadang2 tak period pun sakit gak. Disebabkan berlaku perubahan degenerative pada fibroid yang menyebabkan sakit.

6️ Susah nak mengandung. Kalau mengandung pula tak lekat lama. Fibroid pada dinding rahim yang melibatkan penempelan janin boleh menjejaskan penempelan janin dan berakhir dgn keguguran. Haa bukan fibroid je tau boleh sebabkan keguguran, banyakkkk lagi sebab lain.

7️ Untuk mereka yang hamil, fibroid pada bahagian bawah rahim boleh menganggu pemusingan bayi dalam rahim – tetiba baby berada dalam keadaan songsang ke melintang ke sebab fibroid besar menghalang bayi berpusing supaya kepalanya di bawah. Baca betul-betul kat sini, fibroid yang besar. Fibroid ciput atau cenonet takda menyebabkan masalah ini.

8 Fibroid yg besar jenis tergantung kat luar rahim boleh terpintal (torsion) menyebabkan sakit ( rujuk gambar ).

 

Figura keadaan fibroid.

 

Keadaan fibroid yang dibuang selepas pembedahan

 

Apa Yang Boleh Dibuat?

1️ Fibroid yang tidak menimbulkan apa apa masalah atau kecil tak perlu dibuang dan tidak memerlukan apa-apa rawatan. Biasanya fibroid akan kecut dan hilang sendiri bila sudah menopos.

2️ Ada pil hormon yang boleh dimulakan sebagai langkah pertama. Boleh berbincan dengan doktor terlebih dahulu.

3️ Operation buang fibroid.

Ada 2 jenis – buang fibroid sahaja dan dan biarkan rahim Untuk mereka yg bercadang untuk mengandung. Walaupun begitu still ada risiko pendarahan dan menyebabkan rahim terpaksa dibuang.

Ada kes yg memerlukan rahim dibuang bersama sama dgn fibroid lebih lebih lagi jika Dr berasakan fibroid ni adalah jenis bahaya ataupun saiz fibroid tak kecut2 walaupun sudah menopos. Ada fibroid kecil yg ganggu kesuburan atau sebabkan period banyak boleh dilakukan secara hysteroscopy. Setiap operation ada risiko dan komplikasi yg boleh timbul, bawak berbincang dgn Dr dulu, ikut kesesuaian pesakit.

Operation ni adalah pilihan yang terakhir jika ubat-ubatan yg diberikan tidak mampu merawat fibroid.

Setiap cara rawatan perlukan penilaian klinikal dan pemeriksaan Dr. Bukan boleh pilih pilih ikut suka hati ikut sedap hati.

Satu lagi, fibroid dan cyst tu dua menda yang SANGAT BERBEZA.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

CER KOMEN SIKIT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *