Berapakah Jumlah Wang Tunai Yang Bakal Dimenangi Pemenang Piala Dunia 2018?

Ganjaran hadiah yang sangat lumayan membuatkan kemenangan dalam kejohanan sukan terbesar di dunia ini lebih berprestij.

Memenangi Piala Dunia tidak dapat diragui lagi sebagai kemuncak karier bagi kebanyakan pemain bola sepak dan akan menjadi penghargaan yang akan kekal sepanjang hayat mereka.

Fakta bahawa kejohanan terulung ini hanya diadakan selama empat tahun sekali, menambahkan lagi kehebatannya namun bukan itu sahaja yang menjadi rebutan 32 buah pasukan yang bersaing dalam pertandingan ini.

Sama seperti kebanyakan pertandingan bola sepak tahap tertinggi yang lain di era moden ini, hadiah berbentuk kewangan akan diberikan jika memenangi Piala Dunia malahan bagi pasukan yang tewas masih boleh mengaut sejumlah wang yang lumayan.

Dengan pertandingan yang hampir tiba ke penghujungnya apabila Perancis bertemu Croatia di pentas final nanti, Iluminasi.com membawa anda melihat berapakah jumlah hadiah wang yang disediakan di Russia pada kali ini.

Berapakah Jumlah Wang Yang Bakal Dimenangi Juara Piala Dunia?

mbappe dan griezmann membentuk gandingan mantap

Pada bulan Oktober 2017, badan induk bola sepak FIFA telah mengesahkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah $400 juta (lebih RM1600 juta) akan dikongsi diantara kesemua pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia 2018.

Hanya dengan berjaya bertanding di pentas Piala Dunia 2018, ia bernilai sekurang-kurangnya $9.5 juta (lebih RM38 juta) – $8 juta untuk pasukan yang bersaing di peringkat kumpulan dan $1.5 juta untuk kos pertandingan.

JIka satu pasukan itu berjaya melepasi peringkat kumpulan tetapi disingkirkan di peringkat 16 terbaik mereka akan dihadiahkan tambahan sebanyak $4 juta, jadi mereka akan menerima keseluruhan sebanyak $12 juta (lebih RM48 juta).

Pasukan yang tersingkir di peringkat suku akhir pula akan menerima sebanyak $4 juta lagi tambahan ($16 juta) dan setiap empat pasukan terakhir iaitu yang layak ke separuh akhir pula akan menerima jumlah tambahan yang berbeza, bergantung kepada persembahan dan prestasi mereka.

Pasukan yang tewas di separuh akhir dan akan merebut tempat ke-3 dalam perlawanan paly-off akan berkongsi wang sebanyak $46 juta (lebih RM185 juta), dengan $24 juta akan dihadiahkan kepada pemenang dan $22  juta kepada pasukan yang tewas.

Perlawanan akhir Piala Dunia 2018 akan bernilai sebanyak $66 juta (lebih RM266 juta) dan pemenang akan menerima habuan sebanyak $38 juta, dengan naib juara menerima sebanyak $28juta.

luka modric nadi utama croatia

Kesemua hadiah ini akan dibayar kepada pasukan-pasukan terbabit selepas tamat pertandingan.

Anda boleh melihat pecahan hadiah wang tunai yang lumayan ini dalam jadual di bawah.

Kedudukan Hadiah(Satu

pasukan)

Jumlah

Keseluruhan

Kumpulan $8 juta $128
16 Terbaik $12 juta $96
Suku Akhir $16 juta $64
Keempat $22 juta $22
Ketiga $24 juta $24
Naib Johan $28 juta $28
Johan $38 juta $38
Jumlah $400

*Hadiah dalam matawang USD

Berapakah Pula Jumlah Wang Yang Ditawarkan Pada Piala Dunia 2014?

juara 2014 jerman tersingkir awal

Hadiah wang tunai yang disediakan kepada pasukan yang bertanding pada edisi Piala Dunia 2014 adalah sedikit rendah berbanding yang ditawarkan pada tahun ini dengan jumlah wang keseluruhan adalah sebanyak $358 juta (lebih RM 1400 juta  kurang $42 juta (RM170 juta) berbanding 2018.

Pasukan Jerman memenangi kejohanan edisi tersebut dan dibayar $35 juta (lebih RM140 juta) di atas kemenangan tersebut, dimana jumlah tersebut adalah $3 juta (RM12 juta) kurang daripada apa yang menanti pemenang edisi 2018. Argentina, yang tewas pada final edisi 2014, mendapat sebanyak $25 juta(RM100 juta), sementara pemenang tempat ketiga iaitu Belanda diberi sebanyak $22 juta(RM88 juta) manakala tuan rumah Brazil yang hanya di kedudukan keempat mendapat sebanyak $20 juta(RM 80 juta).

Kedudukan Hadiah (satu

pasukan)

Jumlah

Keseluruhan

Kumpulan $8 $128
16 Terbaik $9 &92
Suku Akhir $14 $56
Keempat $20 $20
Ketiga $22 $22
Naib Johan $25 $25
Johan $35 $35
Jumlah $358

*Hadiah dalam matawang USD

Pembayaran Bonus Piala Dunia

eden hazard antara pemain yang menyerlah

Dana hadiah wang tunai FIFA induk akan dianugerahkan kepada persatuan-persatuan kebangsaan dan persatuan-persatuan ini sendiri akan menghadiahkan ganjaran kepada pasuka masing-masing untuk persembahan mereka.

Pembayaran bonus berasaskan persembahan akan dikongsi bersama pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dan, ia akan meningkat bergantung kepada prestasi sesebuah pasukan itu.

Pembayaran bonus ini bergantung kepada budi bicara setiap persatuan dan biasanya akan dibincangkan dengan wakil kepada semua pemain.

Jangkaan terhadap setiap satu pasukan semestinya berbeza, jadi pembayaran bonus ini juga pasti berbeza untuk setiap pasukan.

Sebagai contoh, negara-negara yang dijangka akan mencabar kejuaraan akan diberi ganjaran yang lebih kecil jika berjaya melangkah ke peringkat suku akhir berbanding pasukan-pasukan yang mungkin dilihat akan tersingkir seawal peringkat kumpulan.

Keseluruhannya, hadiah wang tunai yang ditawarkan secara jelas adalah sangat lumayan. Jadi tidak hairan mengapa semua pemain bermain bermati-matian bagi memastikan pasukan mereka berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan dan jika mereka berjaya melagkaui sasaran tersebut, jelas ia merupakan satu pencapaian yang boleh dikatakan sebagai bonus tambahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *