nilah Kampung TERSEJUK Di Dunia -69 C . “SESUATU” Berlaku Masa Pecah Rekod Dunia

Pada tahun 1933, kampung di Siberia ni buat rekod dunia sebagai kampung tersejuk di dunia. Selepas puluh tahun rekod tak pecah, semalam rekod baru tercatat, dan “sesuatu” mengejutkan telah berlaku.
PURATA SUHU -50 C
SELAMAT datang ke perkampungan paling sejuk di dunia dengan suhu purata pada Januari adalah -50 darjah Celsius.

 

Keadaan itu boleh menyebabkan bulu mata penduduk kampung boleh membeku hanya seketika apabila berada di luar rumah.

Kampung Siberia yang terpencil di Oymyakon merupakan kampung yang berpenghuni paling sejuk di dunia.
TERMOMETER ROSAK MASA CECAH REKOD BARU DUNIA
Sangat Mengejutkan. Suhunya semakin sejuk apabila termometer elektronik baru rosak selepas mencatatkan rekod suhu -62 darjah Celsius.

Stesen kaji cuaca di kampung itu mencatatkan -59 darjah Celsius, tetapi penduduk setempat mengatakan bahawa bacaan mereka serendah -67 darjah Celsius, kurang 1 darjah Celsius daripada suhu terendah yang boleh diterima untuk penempatan tetap di mana-mana sahaja di dunia.

Catatan tersebut memecah rekod yang diperoleh di bandar itu pada 1933.
KAMPUNG TU MASIH WUJUD KERANA ADANYA PELANCONG BERANI
Termometer digital berkenaan dipasang pada tahun lepas bagi membantu Oymyakon mempromosi kepada pelancong, tetapi catatan menunjukkan suhu -62 darjah Celsius.



“Ia rosak kerana terlampau sejuk,” lapor The Siberian Times. – Mail Online

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *